Tuesday, June 4, 2002

Ayam Percik (Ayam Golek Pasir Nering)




Bahan-bahannya:

1 ekor ayam potong empat
300 gram bawang merah
1 inci kunyit
2 inci halia
2 batang serai dititik
2 sudu besar rempah kari ayam (peket sampul kertas)
2 sudu besar air asam jawa
3 cawan santan (2 biji kelapa)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:


1.   Bawang merah, serai, serbuk kari, kunyit, halia dikisar.
2.   Satukan bahan (1) bersama air asam jawa, serai, santan dan serbuk kari dalam kuali.
3.   Panaskan dengan api perlahan sehingga 20 minit.
4.   Apabila kuah hampir pekat masukkan ayam, kacau dan alih-alihkan ayam hingga separuh masak.
5.   Angkat ayam dan panggang sambil terbalik-balikan ayam dan siram kuah lebihan lebihkurang 10 minit.
6.   Selepas masak, letakkan ayam dalam pinggan dan siram dengan lebihan santan.
7.   Hiaskan. Makan bersama dengan nasi.







No comments:

Post a Comment