Saturday, June 3, 2000

Nasi Ayam Hakka

Bahan-bahan:

1 ekor ayam saiz sederhana
1 ulas bawang merah
3 siong bawang putih
1 inci halia
2 tin susu beras
1 sudu besar garam
1 sudu kecil MSG
Kicap Cair 
Minyak Bijan
Sedikit lada putih

Cara Membuatnya:

Penyediaan Ayam

1.   Rebus ayam hingga masak dan jangan terlalu lama dimasak.
2.   Toskan ayam dan letakkan dalam pinggan, dalam keadaan ayam masih lagi panas sapukan kicap cair dan minyak bijan keserata badan ayam.
3.   Supaya ayam tidak hancur semasa dipotong, biarkan ayam sejuk sedikit barulah dipotong.
4.   Gunakan air rebusan ayam untuk memasak nasi ayam pula.

Penyediaan Nasi Ayam

1.   Basuh beras dan toskan airnya.
2.   Masukkan beras kedalam periuk, masukkan air rebusan beras sehingga paras 1 ruas jari di atas beras.
3.   Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah. Jangan garing.
4.   Masukkan bahan yang ditumis kedalam periuk nasi.
5.   Bubuh garam, MSG dan lada putih.
6.   Tanak nasi sehingga masak. 
7.   Hidangkan bersama ayam dengan tomato potong, daun salad, kicap cair dan sambal lada halia.



No comments:

Post a Comment