Thursday, June 7, 2018

Ikan Aya Masak Lemak Petai

Ikan Aya Masak Lemak Petai 

 Bahan-bahannya: 

3 keping ikan aya – digoreng ringan 
5 biji cili padi – ditumbuk kasar 
2 biji lada merah – ditumbuk kasar 
1 inci kunyit – dikisar 
1 siong bawah putih 
2 biji bawang merah - dimayang 
1 inci halia dipotong halus memanjang 
1 kotak kecil santan 
10 biji belimbing buluh – direbus dan ditoskan dahulu. 
1 papan/tangkai petai – ambil bijinya. 
2 sudu makan cuka. Garam – secukup rasa 

Cara caranya: 

1. Panaskan kuali, goreng tiga keping ikan aya dalam minyak panas untuk masak bahagian luar sahaja. Angkat dan alihkan ketepi. 

2. Panaskan kuali, masukkan sedikit santan pekat, masak hingga keluar minyak sedikit, masukkan bawang putih, bawang merah yang telah dimayang dan hirisan halia, masak hingga keluar bau. 

3. Masukkan santan, cili padi dan cili merah yang ditumbuk kasar serta kunyit kisar sambil dikacau sehingga mendidih. 

4. Masukkan ikan yang telah digoreng dan setelah mengeleggak, masukkan pula petai dan belimbing buluh yang telah direbus. 

5. Masukkan garam dan rasa kemasinan secukup rasa. 

6. Akhir sekali sebelum diangkat, jangan lupa sesuatu yang pasti menyengat selera anda, bubuh dua sudu makan cuka. 

7. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment