Monday, June 4, 2001

Nasi Bukhari Kg. Cacar

Bahan-bahannya:

3 tin susu beras - basuh dan toskan
1/2 ekor ayam bersaiz sederhana - dipotong
1 biji terung bulat - dipotong bulat
1/2 biji kentang - dipotong dadu
2 kuntum bunga kobis - dipotong biasa
2 inci lobak merah - dipotong halus memanjang.
Garam, MSG

Bahan Untuk Tumis:

5 ulas bawang merah
1 siong bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah masak
Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Cengkih

Cara-cara Membuatnya:

1. Tumis bawang, Bunga Lawang, Kulit Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Cengkih hingga kekuningan dan naik bau, masukkan rempah masak.
2.   Masukkan ayam dan sedikit air, biarkan ayam setengah masak, masukkan terung, ubi kentang dan bunga kobis, garam dan MSG.
3.  Tambah air mengikut sukatan beras, bila air dah mendidih barulah dimasukkan beras.
4.  Tanak hingga nasi masak sepenuhnya, bubuh lobak merah, kacau nasi supaya tidak melekat.
5.  Tutup sekejap. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment