Sunday, July 3, 2016

Nasi Goreng Moscow

Pada tanggal 28 Jun 2016 jam 3.10 pagi waktu Moscow, bulan Ramadhan di Moscow, Kak Mas bersama suami, anak perempuan serta menantu, tiba di Lapangan Terbang Moscow menaiki kapalterbang lain setelah penerbangan kami dari KLIA tiba dan transit di Lapangan Terbang Turki.

Bila giliran kami beratur untuk masuk di kaunter imigresen.. pihak imigresen Moscow sengaja buat seolah-olah tidak faham dengan percakapan kami dalam Bahasa Inggeris … sebenarnya jiwa raga mereka ini amat patriotik pada bahasa dan negara mereka, mereka sukar untuk menerima kami yang memulakan percakapan dalam bahasa Inggeris.

Al-maklumlah, sangka Kak Mas yang hanya tau sedikit-sedikit sahaja bahasa Inggeris. Kak Mas fikir bahasa Inggeris Kak Mas memang fail lah ni.. rupa-rupanya anak Kak Mas kata mereka yang kerja kat situ faham pelbagai bahasa ... mereka itu sengaja, mereka lebih suka kalau kita memulakan percakapan… bercakap atau bertanya dalam bahasa Melayu walaupun mereka tidak faham pun daripada kita semua ini memulakan pertanyaan bahasa orang putih …mereka faham tetapi 'sengaja buli pengguna bahasa Inggeris'.

Kak Mas memberi nombor untuk mereka menghubungi anak Kak Mas, untuk mendapat pengesahan daripada anak kak mas …. Selesai berbual dengan anak Kak Mas di telefon, imigresen tu berkata; “terima kasih dan selamat datang” dengan senyum lebar kepada kami sekeluarga; elok-elok pula dalam bahasa Melayu…hahaha…

Anak Kak Mas kata, biasanya tidak lama melalui imigresen,tapi tidak tahu kenapa sebab mereka cekap dan yang pasti mereka dah ada pun rekod individu dari luar negara sebelum ketibaan pelancong tiba ke Negara mereka. Tahap perisikan negara mereka memang cekap dan tidak dapat dinafikan.

Anak Kak Mas kata dia juga terdengar daripada percakapan penumpang (dalam bahasa Russia) yang keluar sebelum Kak Mas,merungut tentang kelengahan imigresen.

Sebaik tiba di apartment … suami Kak Mas yang menonton TV dan berkata “syukur kita dah terlepas dari Airport Turkey, ada letupan berlaku di sana, kalau tidak tentu perjalanan kita semua akan tergendala dan lambat untuk ke Moscow kerana lapangan terbang Turkey telah ditutup. Semua penerbangan keluar telah ditahan dan tiada kebenaran mendarat. Syukur, sebab itulah agaknya semasa di imigresen Moscow tadi pemeriksaan terhadap semua yang tiba dari Turki tadi berjalan agak perlahan. 

Selama berada di negara orang, adalah perkara biasa apabila melancong tetapi kami sangat teruja, dan penuh rasa gembira dan berbangga di atas pencapaian anak kami yang berjaya memperolehi segulung ijazah setelah menamatkan pengajiannya di sana. Suami Kak Mas kata, kalau anak tak belajar di sini, rasanya tidak sampailah kami ke sini. Syukur.

Antara menu masakan yang mudah disediakan dan sering dimasak oleh anakanda Kak Mas dan kawan-kawannya  ialah nasi goreng Moscow. Diberi nama begitu kerana  nasi goreng itu dibuatnya di sana … adalah ala-ala nasi goreng cina …. Jadi pagi ini kak mas mencuba resepi nasi goreng Moscow…. selesai je masak.. kami makan sebaik waktu berbuka telah masuk… memang sedap..tak sedar dah habis pun…

NASI GORENG MOSCOW


Bahan-bahannya:

1 cawan air

1/2 sudu teh garam

2 sudu teh kicap

1 cawan beras segera belum dimasak

1 sudu teh minyak masak

1/2 labu bawang dimayang halus

1/2 cawan kacang peas hijau

1 biji telur, dipukul sedikit

1/4 sudu teh serbuk lada hitam

Cara Membuatnya:

1.   Dengan menggunakan pan. Tuang air, garam dan kicap, panaskan hingga mendidih. Masukkan nasi dan kacau. Keluarkan dari haba, tutup dan biarkan ia pegun selama 5 minit.

2.   Tuang minyak dalam kuali kecil dengan api sederhana. Tumis bawang dan kacang hijau selama 2 hingga 3 minit.

3.   Tuangkan telur dan goreng selama 2 minit hingga bunyi telur berderak semasa memasak. Kacau rata dalam nasi yang telah masak, dan taburkan serbuk lada hitam.


No comments:

Post a Comment