Saturday, April 20, 2019

FORMULA REMPAH MASAKAN IKAN


Untuk masak 1 kilogram ikan … anda hanya memerlukan hanya 25gm rempah. Jika anda bercadang untuk membuat 1.15 kilogram rempah …… anda dapat membuat sebanyak 46 bungkus rempah untuk kegunaan sendiri, untuk hadiah atau dijual. Bagaimana caranya? Untuk masak lauk berasaskan ikan … rempah yang diperlukan ialah:-

FORMULA REMPAH MASAKAN IKAN

1.       Ketumbar           -            600 gram             
2.       Jintan Putih        -            200 gram
3.       Lada Kering       -            150 gram
4.       Jintan Manis       -           100 gram
5.       Lada Hitam        -              50 gram
6.       Kunyit Kering    -               50 gram
                                                                   
CARA-CARANYA:-


1.   Kesemua rempah itu, anda perlu timbang terlebih dahulu dengan jumlah yang disyorkan. Basuh rempah itu dengan bersih dan tapis dengan kain kasa agar tidak berkurang akibat berjatuhan.
2.     Setelah dibersihkan. Jemur sehingga kering. Biar betul-betul kering kerana kelembapan akan menyebabkan rempah akan berkulat.
3.  Selepas dikeringkan barulah dihancurkan dengan menggunakan mesin. Selepas hancur keringkan lagi jika masih nampak lembab.
4.  Timbang dan bungkus 25 gram setiap satu. Simpan untuk kegunaan harian. Anda boleh membuat pendapatan tambahan dengan menjual rempah Homemade anda. Perkenalkan kepada saudara-mara, kaum keluarga dan jiran tetangga.
5.   Jika anda bercadang untuk menggunakan formula ini, boleh aja … cuma berilah hadiah sekurang-kurangnya RM10 kepada masjid atau surau di tempat anda, cukup anda yang tahu yang anda telah menyumbang dan tidak perlulah untuk beritahu pada Kak Mas, kalau sudi berilah sebungkus 25 gram tu ke Kak Mas. Lepas itu gunalah formula ini. Moga Berjaya.

No comments:

Post a Comment