Sunday, June 4, 2000

Agar-agar Cendol

Bahan-bahannya:

20 gram agar-agar
2 cawan cendol
3 senduk gula pasir
4 sudu besar gula melaka (dilarutkan dalam air dan ditapis )
1 cawan santan pekat
1 cawan susu cair Ideal
3 cawan air
1 helai daun pandan


Cara Membuatnya:


1.   Masak agar-agar dengan 3 cawan air.
2.   Masukkan gula pasir ke dalam larutan agar-agar hingga melarut, kemudian masukkan pula gula melaka yang telah cair.
3.   Apabila agar telah mendidih, perlahankan api. Masukkan daun pandan, santan pekat dan susu pekat. Selepas dicampur, tutup api sebaik sahaja ianya mendidih sekejap. Biarkan 5 minit.
4.   Masukkan cendol, kacau hingga rata-rata, tuang kedalam acuan.
5.   Biarkan agar-agar membeku, hidangkan.

* Untuk warna cendol yang cantik, jangan dimasukkan sewaktu agar-agar sedang dalam keadaan mendidih atau terlalu panas.


No comments:

Post a Comment